Friday, April 6, 2012

Qada' dan Qadar

إن لله وإن إليه راجعون

Itulah ungkapan yang patut diucapkan bila kita ditimpa musibah ataupun mendengar sebarang berita mngenai musibah yang melanda, tidak semestinya yang berkaitan dengan orang yang telah meninggal dunia sahaja.

Semua rezeki dan musibah yang melanda adalah ketentuan Ilahi. Ianya adalah ketentuan Allah, qada' dan qadar Nya. Jika rezeki yang datang kepada kita, dengan gembira kita patut ucapkan "الحمد لله" dan jika musibah yang menimpa pula, kita patut ucapkan "إن لله وإن إليه راجعون".

Tetapi manusia selalu terlupa untuk mengucapkannya. Saya sendiri pun mengakui ada masanya saya terlupa untuk mengucap dua kalimah tersebut bila tibe masanya. Namun kita patut sedaya upaya untuk zikr atau mengingati Allah dalam setiap masa.

Terkadang, kita juga lupa dengan qada' dan qadar ini sehingga kita boleh dengan senangnya mengatakan sesuatu yang mungkin akan menyebabkan seseorang yang ditimpa musibah itu terasa atau sebaliknya. Sebagai contoh, "Kau ni baru je pegang basikal tu da rosak, orang lain ada gak pinjam basikal die tu, siap g bawa junggle extreme lagi, xpernah rosak pn." Ungkapan ayat ini mungkin akan membuat si peminjam yang merosakkan basikal tersebut berkecil hati, tetapi kita tidak patut bercakap sebegitu, kerana ianya sudah ditakdirkan Allah yang basikal tersebut akan rosak pada sekian hari dan waktu.

Allah itu Maha 'Adil lagi Bijaksana, semua yang terjadi mesti ada hikmah disebaliknya. Selain dari menguji kesabaran kita, ianya juga adalah sebagai salah satu cara untuk menaikkan darjat kita disisi Nya. Selain itu, Allah yang Maha Pemurah pasti akan menggantikan sesuatu itu dengan yang lebih baik, hanya masanya yang akan tiba, sama ada cepat, lambat, di dunia ataupun di akhirat kelak.

Sesetengah orang akan hilang pertimbangan bila sesuatu benda kesayangan mereka ditimpa musibah. Mereka akan lupa bahawa semua yang terjadi itu adalah takdir, kita patut terima dengan berlapang dada. Memang secebis rasa sedih bercampur marah akan ada di dalam hati kita.

Ujian seperti ini pasti akan melanda kepada semua orang, tidak kira pangkat, harta, miskin, kaya, orang bijak pandai, mahupun orang yang belajar agama dan taat kepada Allah juga pasti akan menempuh ujian kebendaan duniawi ini, cuma cara kita menghadapinya yang akan membuat kita lebih sedar akan qada' dan qadar, adanya hari pembalasan, rezeki dan nikmat.

Sesetengah orang akan terlupa akan semua ini bila sesuatu musibah melanda mereka. Tidak lah semua orang, ada segelintirnya, saya sendiri pun pasti ada suatu masa akan terlupa semua ini bila musibah menimpa keatas saya sendiri. Mereka (termasuk diri saya sendiri) akan merasa marah terhadap si pesalah yang merosakkan harta duniawi kita, dan akan memintanya untuk menggantikan yang baru atau membaik pulih agar menjadi seperti sediakala.

Baru-baru ini saya agak terkilan bila perkara ini terjadi bilamana saya adalah si pesalah tersebut. Dah di takdirkan saya secara tidak sengaja merosakkan harta/barang duniawi die. Die si empunya barang adalah senior saya (walaupun kami tak kenal sepenuhnya, namun bila saja berjumpa pasti akan bertukar senyuman dan menegur salam). Sewaktu rundingan, die seolah tidak mengenali saya, dengan nada dan antonasi suara yang terlalu kecewa agaknya dengan hartanya yang rosak itu.

Tiada lagi kemesraan sebagai junior-senior, apatah lagi kemesraan sebagai sesama muslim. Saya agak kecewa dan sedih yang amat bila diperlakukan begitu, bukannya saya tidak mahu menggantikannya atau membaikinya, tetapi saya ingin menggantikan dengan harga yang murah. Sekurang-kurangnya barang tersebut kembali elok cantik seperti asal walaupun tidak lagi "sempurna" seperti baru.

Namun die masih lagi mahukan yang terbaik untuk barangya itu di sebuah kedai yang di iktiraf. Alasannya mahukan yang terbaik dan ke"original"litinya. Die seolah begitu taksub dengan kedai tersebut sehingga bila saya cuba untuk bertukar kedai walaupun kedai tersebut menyediakan alat ganti yang asli tetapi tidak berdaftar dengan syarikat induk, die tetap memberi pelbagai alasan sehingga seolah-olah mengugut saya dengan waktu atau timeline. Die memberikan saya 30 minit untuk mengetahui atau mencari kedai terdekat dengan kedai yang berdaftar tersebut setelah menolak ajakan saya untuk ke kedai teman saya yang agak jauh dari kedai tersebut dengan alasan kalau tidak jadi di kedai kawan saya itu, agak jauh untuk kembali ke kedai pilihannya itu.

Saya agak tersentak dengan "ugutan" masa(timeline) tersebut. Saya pun bersetuju sahaja untuk membaiki di kedai tersebut walaupun harganya boleh dikatakan dua kali ganda lebih mahal dari kedai yang biasa atau tidak berdaftar dengan syarikat induk(bukan kedai yang tidak sah disisi undang-undang, ianya kedai yang berdaftar cuma tidak mengikat sebarang perjanjian dengan syarikat induk yang besar.) Saya rasa sudah menjadi kelaziman kaki-kaki kereta tahu bahawa syarikat yang berdaftar dengan syarikat induk selalunya mengenakan harga yang sedikit agak tinggi.

Saya disini bukannya mengadu ataupun memburukkan seseorang, hanya ingin meluahkan isi hati yang sedih dengan layanan "senior" terhadap "junior", saya tidak sedih mengenai soal wang ringgit. Bukan langsung tidak sedih, cuma "takpe" dengan jumlah harga tersebut. Cuma cara "layanan" orang yang kita pernah jumpa apatah lagi bertegur sapa itu seolah-olah "layanan" yang diberikan terhadap seseorang yang kita tidak pernah kenal. Hendak mengatakan yang die tidak ingat, tak juga. Sebab sewaktu berbincang saya telah menanyakan adakah die senior yang saya kenal, dan die hanya menjawab "Ya, senior." dengan antonasi yang tidak mesra seperti pergaduhan orang yang tiada talian persaudaraan. Tetapi, Alhamdulillah, die sedia membayar dalam 15% dari harga pembaikpulih tersebut.

Saya agak sedih dengan cara dan budi bahasanya sewaktu perbincangan masalah tersebut. Hal yang boleh dimudahkan, menjadi sukar. Tidak seperti sewaktu saya masih menuntut di Universiti, saya telah dua kali secara tidak sengaja merosakkan motosikal teman saya ini, dua-dua kejadian tersebut terjadi dihadapannya sendiri. Dia dengan tenang mengatakan tidak apa dan saya meminta maaf dan menawarkan untuk menanggung perbelanjaan baik pulih motor tersebut. Hal itu selesai di situ juga. setelah selasai baik pulih (die sendiri yang menghantar motosikal tersebut yang mana sepatutunya saya yang bertanggungjawab) dia memberikan resit pembayaran dan saya menggantikan duitnya yang dibayar untuk membaik pulih motosikal tersebut. Saya agak mengagumi cara penyelesaian masalah tersebut. Ringkas tanpa ada apa-apa masalah. Yang pentingnya, saya yang berasa bersalah merosakkan motor tersebut, tidak dihujani dengan beban ataupun dukacita oleh empunya motor tersebut. Mungkin sebab kami kenalan rapat, maka senang sikit menyelesaikannya. Wallahu'alam.

Walau apapun, kita sebagai manusia perlu memaafkan satu sama lain. Saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah saya melakukan kesilapan.

Ingatlah, Allah Maha 'Adil..

Mohon maaf jika tersalah bahasa atau tersalah cara atau tersalah apapun..

sekian,
Mr.EmmetT

2 comments:

zarseries said...

panjang betul cite ko.. tp mmg betul la..

Mr. EmmetT said...

Haha..panjang kn?

Haha..kisah ni la yg aku tnye ko aritu pasal seseorang tu..hehe..