Tuesday, July 14, 2009

Dirgahayu Kebawah Duli Tuan Patik.


Selamat Menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 63 Tahun pada 15 Julai.

Negara Brunei Darussalam merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Melayu, Islam, Beraja. Ini merupakan moto atau slogan dimana Kebanyakan penduduk Brunei adalah bangsa melayu yang berpegang teguh dan menerapkan ciri-ciri nilai murni ajaran Islam dan mentaati Raja.

Negara Brunei Darussalam juga merupakan sebuah negara yang menggunakan sistem Raja. Brunei sekarang diperintah oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Dpertuan Negara Brunei Darussalam.

Baginda merupakan Raja yang berjiwa rakyat..Baginda sering bercemar duli untuk bersama rakyat jelata..Salah satunya melawat sekolah-sekolah di seluruh negara..

Penulis(berdiri di sebalah paling kiri) bersama Kebawah Duli.
Lawatan Baginda ke Ma'ahad Islam Brunei.

Oleh kerana Baginda seorang raja yang perihatin, maka Baginda disayangi rakyat, dimana seluruh rakyat Negara Brunei Darussalam mengibarkan bendera kebangsaan di rumah-rumah, pejabat-pejabat dan premis-premis bermula 1 Julai bagi memperingati dan menyambut hari keputeraan Kebawah Duli.

Jalan raya dihiasi dengan kain rentang berbagai warna bagi memeriahkan dan tanda memperingati Hari Keputeraan Kebawah Duli.

Semoga Allah memanjangkan usia Baginda Sultan, semoga Baginda kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan adil dan saksama dibawah perlindungan Allah.

No comments: